Thursday, May 16, 2013

Status aku untuk kau Ira

Aku talam 2 muka ? Kenapa kau cakap aku macam tu . Sebab aku nasihat2 agama kat kau, sebab aku cakap hal2 agama kat kau, sebab aku bagi pesanan n ingatan agama kat kau. Kau rasa aku tak layak kan. Yelah sebab aku tak menutup aurat aku dengan sempurna. Sebab aku selalu menyanyi melalak kat bilik karaoke . Sebab aku berkasih sayang dengan lelaki bukan mahram aku. Kau agak2 kenapa aku nasihatkan kau macam tu ? Sebab aku sayang kau, aku anggap kau kawan, aku anggap kau adik. Dah kau telefon aku nangis2, jumpa aku nangis2 cakap kau lemah, xkuat mestilah aku bagi kata2 semangat kat kau. Suruh baca Surah Al-khausar bagi tenangkan hati yang sedih. Suruh sembahyang. Suruh beristigfar. Suruh melazimi zikir. Tu pun kau kata aku talam 2 muka. Takkan kau nak aku suruh kau terjun sungai muar tu, kelar2 tangan kau. Macam tu kau nak ?
Kalau kau rasa aku ni mematikan kasih sayang dia dekat kau, terpulang. Sebab aku tak rasa aku adalah puncanya. Fikirlah sendiri dik. Aku tak membenci orang, malah aku memaafkan sebab aku tak mahu menyeksa roh dan jasad waktu datangnya kematian mahupun akhirat. Aku tak mahu ada dendam antara kita, aku cuma mahu silaturahim kita pulih. Bukan saling membenci. Kalau ada yang nak meninggalkan aku, silakan. Cuma jangan dibenci aku. Sekali lagi aku cakap, aku bukannya baik. Dulu aku banyak buat dosa dengan Allah mahupun manusia. Tapi aku dalam proses hijrah. Sebab tu aku selalu cakap, yang dulu tu dulu. Lupakan, sekarang buka buku baru. Bersihkan diri, maafkan semua orang dan maafkan aku sebab aku tak sempurna di mata kalian.

Tuesday, April 16, 2013

Harapan


Aku cuma berharap agar hubungan kami baik.
Tak kira berterusan atau pun sekadar setakat ini sahaja,
yang penting segalanya dalam baik-baik sahaja.

Monday, March 25, 2013

Syurga

Hingga hari ini aku masih mampu berdiri,
berdiri atas kekuatan yang aku cipta sendiri.
Kiri kanan aku pisau berasah tajam
dan duri bersalut bisa yang kalau aku jatuh
pasti tertusuk tajam menikam
dan bisa terus meresap dalam hati sanubari aku.
Saat lena mataku terpejam,
hati tidak lagi letih bertasbih,
mohon keredhaan-Nya.
Yang aku harap bukan cuma hati saja begitu.
Aku harap semua anggota turut serta mencari redha Ilahi.
Biar penat mengucap taubat hari-hari,
asalkan nanti tiada neraka untuk aku isi diami.
Sungguh, syurga yang aku cari.
Syurga hakiki.

Sunday, March 24, 2013

Dunia Hari Ini


Dari ruang penuh sesak di sana
Terdengar halwa cupingku teriakan mereka
Entah apa gerangannya
Biarlah….

Ludah liur berserakan
Fikir humor santapan bangsa
Jadi bahan sarapan mata
Bertaburan terasa loya

Lihatkan pada nusa Fatamorgana manusia
Merobekkan dada-dada si tua
Bersenda berpuja-puja
Berselang getis tari lentuknya si muda
Semakin alpa
Berimamkan dunia
Hingga persetankan ibu bapa
Mana maruah,habis dijaja

Mungkar melular memonopoli si muda
Si tua menyisipkan batu-bata halangan
Serta bersimenkan nasihat pedoman
Membina tembok setebal iman di dada
Setinggi maruah martabat bangsa
Namun tetap roboh berjatuhan
Bagai bercerita perihalnya mungkar
Mungkar mungkar segalanya mungkar

Aku turut terkena rasukan,
Percikan,renjisan sang durjana
Biarkan,aku tak hirau
Walau kadang aku tersasar
Melentok tubuh melawan arah
Saat menoleh pintu maksiat
Gah! Terbuka luas
Terpamer sahabat berwajah gembira
Memimpinku ke sana menyertai mereka
Ah! Persetan semua ini
Mengajakku ke lembah yang pada kau mulia
Pada bangsa banyak cela cacatnya
Simfoni dosa menari-nari
Memukau mengajakku turut serta
Kadang aku tewas terikut sama
Mengumpul dosa umpama permata
Pahala aku biarkan sahaja
Dosa ketawa bangga saat pahala disia

Ampun,
Aku terlupa
Nakku bersihkan semula jiwa penuh noda
Tak ingin aku ingati
Dosa semalam yang membukau
Hari ini aku berjanji-janji sendiri
Tak akan aku mulai sekali lagi
Menjadi pengumpul dosa sejati

Aku buka lembaran baru
Setelah bersih jiwa
Punya harapan tak ingin terleka
Dengan alunan lagu-lagu puitis dunia
Yang mulanya bahagia namun pengakhiran ceritanya merana
Dikeji hina,dicerca.

Kala atmosfera dunia masih lagi bernyawa
Waktu nadi belum lagi berhenti berdetik
Hatta alunan suci basah lagi di bibir
Pohonlah selautan keampunan
Agar taubat diterima walau sekelumit sahaja
Dan bakinya banyak bersisa.

Thursday, March 21, 2013

Sepi bersama Rindu


Andai dapat aku tautkan rindu ini bersama bayu,
pasti sudah aku hembuskan kerinduan ini kepadamu.
Andai dapat aku gubahkan rindu ini bersama lagu,
pasti sudah aku titipkan melodi rindu ke telingamu.
Andai dapat aku hiaskan rindu jadi malam indahmu,
pasti sudah aku himpunkan semua rindu menjadi mimpi buatmu.

Salam sayang,
kasih merindu.



# Nukilan andainya nanti aku dipertemukan dengan cinta. Aku mohon itu cinta yang mampu memimpin aku ke syurga.

Sunday, February 24, 2013

Cinta

Aku harap,
aku serpihan rusuknya.
yang kembali mendampinginya.
Aku harap cinta itu berbunga,
mewangi selamanya.
sampai syurga.
Aku mohon aku bidadarinya.
setia bersamanya.

# Doa dan harapan semoga aku dipertemukan jodoh yang baik-baik. 


Tuesday, February 12, 2013

Jodoh


Malam tadi aku ada rasa sesuatu,
sesuatu yang aku taka dapat nak gambarkan apa pun.
Rasa tu seperti berpusing-pusing sekitar aku.
Aku rasa resah, tak sedap hati.

Aku punya perasaan tu macam aku rasa Jodoh aku tu
dah jadi suami orang je. Tapi dia Jodoh aku.
Macam mana tu ? Ke nanti jodoh aku suami orang ?
Jadi isteri muda ke ?

Tapi pada aku, aku cuma harap Jodoh aku nanti baik-baik sahaja. Tak kisahlah, janji tahu agama, amalkan akidah Islam, tahu jaga dan bimbing aku yang masih lagi merangkak ni. Aku teringin satu hari nanti aku dengan Zauj aku sama-sama kumpul pahala lepas nikah. Eh, seronok pulak. "Awak, jum solat. Jum mengaji. Nak dengar kisah para Sahabat tak ?" Seronoknya.

Tapi, siapalah aku ni. Cuma insan biasa yang penuh dengan dosa.


# Ya Allah, kurniakanlah Aku jodoh yang baik, yang mampu menerima kekurangan diriku. Kau panjangkanlah jodoh kami sehingga ke  syurga.

Wednesday, January 23, 2013

Jeans Ketat


Mungkin jeans aku ketat,
atau baju kau yang sendat,
dan sebab kita tak rapat,
aku jadi bahan umpat,
tapi kau jangan terlampau ligat,
akan datang aku pulak sebat,
pandai-pandai kau beringat,
dari aku, sahabat.



Tuesday, January 22, 2013

Mimpi

Assalamualaikum  . . .

Malam tadi mimpi. Mimpi yang aku cabut gigi atas aku 3 4 batang.
Tafsir mimpi pulak macam tu.

#fikir panjang

Mungkin cuma mainan tidur, tapi serius aku tak senang duduk sekarang ni.

#berdoa

Ya Allah, semoga semuanya dalam keadaan baik - baik sahaja di bawah lindungan-Mu.
Amin.

Monday, January 21, 2013

Aku dan Abah #1

Assalamualaikum . . .

Petang tadi, sembang - sembang dengan kawan sebilik. Dengar pulak riuh - riuh budak sambut birthday kat bawah. Sambung balik sembang tapi dah lain topik, topik sensitif "mak abah" . Aku bab sensitif ni memang tak boleh, wajib keluar air mata.

#tenang sebentar

Cerita pasal kawan dia yang dah hilang ibu ayah. Hari ni hari ulangtahun kelahiran dia yang ke-19. Desktop skrin terus berubah gambar arwah. Luar nampak gagah, dalam hati sedih tersisip rapi. Aku tahu dia rindu arwah. Sedih ! Sumpah aku sedih. Kawan yang bercerita pun habis tisu kering jadi basah air mata. Dia hilang ibu, kes langgar lari 7 tahun lepas. Ya allah, tempatkan mereka bersama golongan yang beriman. Amin.

#diam lagi

Kuatnya mereka . Aku yang baru berjauhan sikit pun dah sedih, fikir nak balik rumah saja. Nak berkepit dengan mak abah aku puas - puas.

Aku ingat lagi waktu kecik - kecik dulu , aku pergi sekolah naik basikal. Abah hantar aku. Gagah abah kayuh pedal basikal tua abah . Awal aku sampai sekolah sebab niat abah nak aku jadi budak pandai, dapat ilmu yang berkat. Tengahari nanti abah kayuh basikal lagi jemput aku balik. Dah panas, rumah jauh pulak. Kuatkan abah ? Pernah sekali waktu kayuh basikal nak balik rumah kaki aku termasuk dekat jejari roda basikal abah, rasa pedih sangat. Aku menangis sebab pedih sangat tumit kaki aku melecet teruk. Kalau dulu aku taknak ada parut dekat kaki tu, tapi sekarang aku nak ada parut tu sebab aku nak ada kenangan naik basikal dengan abah. Aku tak nak lupa betapa gigihnya abah kayuh basikal jauh - jauh , berpanas, bersejuk , berhujan jemput hantar aku pergi sekolah. Abah aku tak macam ayah kawan - kawan aku yang lain ada kereta motor, abah cuma ada basikal. Abah gigih tapi aku tak. Aku main - main bila belajar. Abah selalu datang bila ada majlis kecemerlangan murid waktu sekolah rendah dulu. Tapi cuma anak orang lain yang naik pentas terima anugerah, aku tak pernah naik. Abah selalu cakap nak lihat aku naik pentas terima anugerah. Aku naik jugak tapi dalam acara sukan bukan pelajaran. 6 tahun abah tunggu aku naik pentas waktu sekolah rendah, aku masih tak mampu buat.

Cuma aku mampu beri abah 4A 1B dalam UPSR dulu.

#menangis

abah, maafkan ika :(

nota kaki                                                                                                            
tunggu cerita aku dan abah lagi nanti

Video Dokumantasi

Belajar , belajar dan terus belajar. Kutip ilmu banyak - banyak. Biar penuh saku. Tapi jangan tamak haloba nanti Allah tarik balik ilmu yang dipinjamkan tu.

#pause sekejap

Aku ada tugasan baru yang perlu disiapkan. Video dokumantasi . Contoh melambak - lambak, tapi tak tahu boleh buat atau tak.

#pause lagi

*jerit kuat - kuat .

" Aku boleh buat ! "

Amin, insyaallah . . .

Sunday, January 20, 2013

diploma tahun akhir

Belajar hingga hujung nyawa. Tahun akhir, maka aku kena habis habisan buat yang terbaik untuk family aku. Doakan kejayaan aku. :)