Thursday, August 21, 2014

Risik Merisik

Pernah tak terlintas di hati ni yang aku akan dirisik oleh seseorang yang aku tak kenal. Sekadar friendlist di facebook sejak 2011. Tak pernah bertegur hinggalah tiba-tiba si dia komen satu gambar di fb aku.
Ceritanya begini.

Aku sejak 2013 berkawan dengan A. Hubungan kawan yang bersulamkan cinta, pada aku lah. Dalam tempoh aku berkawan dengan A, macam macam ujian yang aku rasa. Rasa bagaimana dibenci, dikutuk, dimaki, dihina. Dilabel sebagai perampas, dituduh sebagai talam dua muka. Dicop perempuan pakai tudung tapi hati busuk. Macam-macam lagi. Biar aku namakan dia R.  Semuanya jadi bila aku berhenti kerja sbgai parttimer dekat satu restoran di Muar (kitorang semua satu tempat kerja). Lepas dah berkawan, baru aku tahu yang R tu ex-gf A. So, lepas dah tahu tu, macam-macam la aku kena. Memang down habis, aku dengan bertimbun final year project. Aku gagahkan juga sampai hampir 2 tahun aku berkawan dengan A dan R aku rasa masih membenci aku. Walaupun hakikatnya aku dengan A jarang contact, last on call dengan aku bulan 3 tahun 2013. hahah. sampai sekarang takde on call. Msg pun sebulan 2 3 kali je. Berjumpa lagi lah, berapa kali je sepanjang aku berkawan dengan dia. Aku sampai dah tak ada perasaan dah. Redho je. ada jodoh ada lah. Sebab pada aku, A baik sekali orangnya, tak pernah marah, tak pernah usik aku, tak pernah ada perempuan lain. Cuma dia kaki bola. Dia pernah cakap, nanti satu masa kalau ada orang lain merisik aku, dia nak aku terima dia. Sedihnya rasa. Aku tak pernah terfikir pun akan ada lelaki yang merisik aku. Yelah, zaman sekarang kan zaman bercinta. Mana ada nak datang merisik tiba-tiba kan. Hahahaa. Sampai lah satu hari ada seseorang ni aku namakan S, komen satu gambar di fb aku.


8 Jun 2014
S : Bila lagi ?? heheh
aku : Tunggulah kalau ada yang nak masuk meminang -.-"
S : ohh.. macam tu ea. Kejap. Nak siap2 nak p. Bagi alamat.  hahah

Haha, terus S pm fb aku, mintak wasap no. Tapi aku tak bagi, tapi dia cakap nak cakap pasal job photoshoot. Dia siap sound, profesional la sikit.  Aku pun dah kena sound, bagi jela. Memang wasap tu pasal bisnes photography jela xde lain. Lepas dah settle deal2 itu ini. Takde dah wasap2 dah lepas tu. 


2 Julai 2014   

update moment 
Sendiri aku mengejar bayangmu ~~
S : bayang kite ke ?
Aku : Kalau boleh nampak bayangnya. 
S : Kalau malam nampak la bayangnya

Hahaha. lepas tu terus dia wasap aku lagi, tapi xde pun point pasal job photography. Tapi borak2 kosong. Siap ajak menikah lagi. hehehe..  Aku pun cakap, kalau betul2 nak, datang la rumah. Jumpa mak abah aku, bukannya sembang kencang dekat wasap je. Hahahaa


30 Julai 2014  
 Syawal ke 3
Dia sekeluarga datang merisik.
Macam tak percaya, tapi itu hakikatnya.


# aku kini dah pun di risik orang, tinggal menunggu majlis Pertunangan yang tak lama lagi ni. MOga dipermudahkan. 

## Aku sebelum dia datang merisik, aku sempat tanya dengan A dulu, dan S pun tahu yang aku berkawan dengan A. A doakan aku yang baik2 untuk aku. Terima kasih A, untuk segalanya.  Terima kasih S hadir dalam hidup untuk menjadi yang halal untukku. 



Thursday, May 16, 2013

Status aku untuk kau Ira

Aku talam 2 muka ? Kenapa kau cakap aku macam tu . Sebab aku nasihat2 agama kat kau, sebab aku cakap hal2 agama kat kau, sebab aku bagi pesanan n ingatan agama kat kau. Kau rasa aku tak layak kan. Yelah sebab aku tak menutup aurat aku dengan sempurna. Sebab aku selalu menyanyi melalak kat bilik karaoke . Sebab aku berkasih sayang dengan lelaki bukan mahram aku. Kau agak2 kenapa aku nasihatkan kau macam tu ? Sebab aku sayang kau, aku anggap kau kawan, aku anggap kau adik. Dah kau telefon aku nangis2, jumpa aku nangis2 cakap kau lemah, xkuat mestilah aku bagi kata2 semangat kat kau. Suruh baca Surah Al-khausar bagi tenangkan hati yang sedih. Suruh sembahyang. Suruh beristigfar. Suruh melazimi zikir. Tu pun kau kata aku talam 2 muka. Takkan kau nak aku suruh kau terjun sungai muar tu, kelar2 tangan kau. Macam tu kau nak ?
Kalau kau rasa aku ni mematikan kasih sayang dia dekat kau, terpulang. Sebab aku tak rasa aku adalah puncanya. Fikirlah sendiri dik. Aku tak membenci orang, malah aku memaafkan sebab aku tak mahu menyeksa roh dan jasad waktu datangnya kematian mahupun akhirat. Aku tak mahu ada dendam antara kita, aku cuma mahu silaturahim kita pulih. Bukan saling membenci. Kalau ada yang nak meninggalkan aku, silakan. Cuma jangan dibenci aku. Sekali lagi aku cakap, aku bukannya baik. Dulu aku banyak buat dosa dengan Allah mahupun manusia. Tapi aku dalam proses hijrah. Sebab tu aku selalu cakap, yang dulu tu dulu. Lupakan, sekarang buka buku baru. Bersihkan diri, maafkan semua orang dan maafkan aku sebab aku tak sempurna di mata kalian.

Tuesday, April 16, 2013

Harapan


Aku cuma berharap agar hubungan kami baik.
Tak kira berterusan atau pun sekadar setakat ini sahaja,
yang penting segalanya dalam baik-baik sahaja.